Friday 27 January 2012

kisah cinta shah & eka


                                                  Pada satu petang, Shah sedang lepak dengan sahabatnya di depan kedai runcit. Dia memegang telefon bimbit sahabatnya itu, lalu mengeledah no kenalan sahabat dia dan mengambil semua no perempuan yang ada dalam telefon bimbit sahabat dia, lalu Shah menghantar sms ke semua no yang di ambil tetapi ada satu no je dia tak hantar sms tapi dia call. No yang dia call tu Eka.. hehe.. Semasa dia menghubungi Eka, Eka sedang mengikuti latihan netball. Lalu Eka mengangkat call dari Shah.
                         spe ni??
Lalu Shah menjawab
                       kawan lame,,,,hehe,
Tiba-tiba Eka ckap
                         Amarnye??,,,,
Shah menjadi pelik,,,lalu bertanya kepada Eka
                     Amar mane pulak ni,,,,hehe,,
                                            Eka masa tu dia agak sombong. Tapi Shah tetap nak mengenali Eka. Pada ke-esokan harinya, Shah menghantar sms kepada Eka, dan bertanya kepada Eka sedang sibuk atau tidak. Eka membalas dan mengatakan bahawa dia sedang menjalani latihan netball. Shah pun diam dan tidak kata apa-apa. Selama beberapa hari Shah tidak menghubungi Eka. Shah tdak menghubungi Eka kerana dia sangkakan Eka ini sombong, tapi beberapa minit kemudian Eka menghantar sms kepada Shah, lalu mereka pun mula berkenalan, hehe. Shah menyangkakan Eka ini sombong, rupanya tidak. Mereka terus berkenalan. Mereka berbual sampai tengah malam.
                                            Pada suatu hari, kolej Shah ada membuat kejohanan netball. Kolej Eka menyertai kejohanan itu, Eka pun sertai. Lalu, Shah pun mengambil keputusan untuk melihat Eka dengan lebih dekat, dia menjadi pembantu sukan di kolej. Semasa kejohanan itu dilangsungkan, Shah sedang menanti kehadiran Eka ke kolej beliau. Setelah lama menunggu, akhirnya Eka smpi ke kolej Shah. Eka turun dari bas dan memberikan senyuman kepada Shah, Shah membalas blik dengan senyuman. Setelah itu, dalam beberapa jam kemudian Shah menghantar sms ke Eka untuk berjumpa di restoran yang berhadapan dengan kolejnya itu.
                                        Eka pun datang dengan membawa rakan-rakan netball nya dan berjumpa dengan Shah yang tidak sabar-sabar menanti Eka. Lalu apabila Eka sampai di restoran itu, mereka berbual seperti biasa. tiba-tiba Eka bertanya, yang shah pernah berjanji nak berlanja coklat. Mereka pun pergi ke 7-elavan yang berhampiran. mereka terus berkenalan. Shah mula jatuh hati kepada Eka tapi Eka tidak mengatahui yang Shah telah jatuh hati kepada dia. Shah terus berhubung dengan Eka. Pada satu masa yang tepat, Shah mula bertanye kepada Eka,
                      Eka, Shah dah jatuh hati dengan Eka la, sudi x Eka jadi kekasih Shah??
Eka terdiam. Lalu Eka pun membalas balik
                   Nanti dulu la Shah. Awal lg.
                  X awal la. Kira ok la ni kita dah lme knl.
                                       Eka memberitahu kepada Shah agar sabar dan memberi Eka masa untuk dia berfikir. Shah pun ikut ape yang diminta Eka  tapi dalam masa yang sama Shah asyik bertanya.
               Eka bila,?? bantal,almari,kipas asyik tanya Shah, bila Eka nak terima Shah sebagai kekasih Eka.
Eka hanya mampu tertawa. Eka pun berkata
               Nanti laa bagi Eka masa beberapa hari lagi. 
                                                  Shah pun memberi lagi masa kepada Eka. Setelah beberapa hari, Shah menghubungi Eka, dan bertanya khabar Eka, sihat ke tak dan soalan-soalan yang  biasa dia tanya kepada Eka, Eka pun menjawab setiap soalan yang ditanya Shah. Tiba-tiba sahabat Shah bersuara dan mengatakan,
           korang ni aku tengok dah macam pakwe makwe dah,,,hahaha,,, 
Lalu Shah pun berkata,  
        we aq dah coupla ngan eka,,,
                                          Sahabat Shah tidak percaye, lalu Shah suruh Eka yang cakap dengan sahabat dia, sahabat Shah mula bertanya kepada Eka, Eka menjawab "ya" yang kitorang dah couple. Lalu sahabat Shah percaya yang kitorang dah couple tetapi hakikat nya belom lagi. Shah dan Eka berborak semula, lalu Shah bertanya lagi kepada Eka,
        bila nk bg kputusan ni,,,
Eka terdiam, dalam nada yang pelahan Eka menjawab 
          i boleh acccept u skunk. 
Shah happy sangat,,tp dalam happy dia ada merasa curiga, lalu Shah bertanya lagi  
          jadi kita,,,, 
 Eka menjawab 
         ya,,kita couple,,,,
                                        Shah sungguh gembira pada msa itu,,hanya Allah yang tahu kegembiraan yang dirasai Shah, lalu mereka digelar pasangan kekasih. Dalam masa yang sama, semasa cinta mereka sedang mekar subur, mereka lebih saling mengenali dengan lebih erat lagi. tak sangka pulak mereka berdua banyak persamaan sehinggakan warna bilik pun sama. Semakin lama, hubungan mereka semakin erat, kalau boleh taknak berpisah sesaat pun.
                                           Satu hari, Shah mengajak Eka keluar berjalan-jalan di times square, Eka menemani Shah. Mereka kelihatan happy disaat itu. Hubungan mereka sangat indah, percintaan mereka sungguh menarik. Suatu hari, kolej Eka membuat karnival. Dia mengajak Shah untuk berkenalan dengan rakan-rakan Eka. Shah tanpa berfikir panjang, dia menghadirkan diri ke karnival kolej Eka, tapi Eka menyuruh Shah agar tunggu dia di bus stop, nanti dia dan rakannya tumpangkan shah menaiki kereta rakannya. Semasa Shah menunggu Eka, hujan turun dengan lebat. Shah tidak boleh berada dalam keadaan sejuk, badan dia mula menggigil macam orang kena pakinson. Eka pun tiba dan menumpangkan Shah sehingga ke kolej Eka. Semasa dalam perjalanan, Shah sudah mengenali 3 org rakan Eka, 2 perempuan,1 lelaki. Dalam kereta tu terdapat lagi pasangan couple. Shah mengenali ramai rakan-rakan Eka, semua ye baik.Shah bahagia dengan Eka...... 
                                             Shah mengajak Eka dan kawan Eka pergi makan di kedai makan awwal maju, Shah belanja mereka. Selepas makan, Eka dan Shah dating di sebuah taman. Mereka happy sangat masa dating, Shah asyik cakap yang Shah sayang sangat kat Eka, Eka pun cakap yang Eka pun sayang sangat kat Shah. Setiap hari minggu,Shah akan mengajak Eka berjumpa di taman tempat mereka selalu date. Hari lahir Shah sudah tiba, tepat jam 12 tengah malam, Eka orang pertama wish dekat Shah, siap nyanyikan lagu selamat hari jadi. Shah sungguh happy kerana hari lahirnya di ingaiti Eka.
                                               Bulan puasa pun makin hampir. Pada setiap bulan puasa Shah akan berniaga menjual air asam boy limaunya. Beberapa hari lagi nak raya, Shah mengajak Eka keluar berbuka puasa diluar. Tapi Eka menyuruh Shah meminta izin terlebih dahulu dari mak Eka, sebab Eka susah nak keluar malam, Shah pun menghubungi mak Eka dan meminta izin untuk membawa Eka berbuka puasa diluar, mak Eka memberi keizinan, tetapi harus mengambil Eka dirumah. Pada keesokkan hri, Shah mmengambil Eka dirumahnya, pada mulanya Shah berasa takot sebab nak jumpa mak Eka tapi Shah cuba memberani kan dri. Lalu dia berjumpa dengan mak Eka, Eka sadah siap masa tu, Shah just datang dan bersalam dengan mak Eka, lalu membawa Eka keluar dengan menaiki moto.Mereka berbuka puasa di pc, sebelah sogo,tapi sebelum buka puasa, Eka dan Shah bersiar-siar di jalan T.A.R, untuk membeli baju kurung Eka yang sama warna baju melayu Shah iaitu warna peach. Eka ni rupanya tak pndai shopping. Shah la yang tolong Eka memilih baju kurung yang sesuai dengan Eka. Akhirnya jumpa baju kurung yang sesuai untuk Eka. Makin lama, cinta mereka semakin utuh.
                                                 Hari raya semakin hampir. Dua-dua tengah sibuk buat kuih raya, hias rumah. Pada malam raya, Shah menghubungi Eka untuk mengucapkan selamat hari raya pada Eka. Lantas Eka memotong percakapan Shah dan berkata,
         u,i mintak maaf, kalau i ada buat salah ke, terkasar bahasa ke,,,
Shah pun membalas 
          i pun sama nak mintak maaf, kalau ada termarah, tersakit kan hati, tersentuh,segala "ter" la, i mintak maaf....
                                                      Pada mlm raya Eka sudah berada di kampungnya, kedah. Talian telefon disana kurang baik, tiba-tiba talian terputus, tapi mereka masih boleh bersms, dah lewat malam, Eka menyuruh Shah tido sbb esok nak kena bagun pagi. Lalu Shah mendengar apa yang disuruh Eka. Tapi sebelum tido, Shah menghantar satu sms mengatakan,
           Eka, ingat tau yang Shah sayang kat Eka. eka la yang paling Shah sayang. kalau takde Eka, Shah tak tahu la apa dah jdi kat shah. Shah dulu seorang yang nakal, suka gadoh, lepak sampai lewat malam, malas, 
Lalu, Shah pun tido.
                                                       Peperiksaan makin hampir. Shah mengajak Eka dan rakan-rakan Eka membuat study group. Mereka membuat study group di taman tasik metropolitan, Shah membawa seorang rakannya dan Eka membawa 4 org rakannya, ke empat-empat rakan Eka sudah mengenali Shah, jadi mereka senang berkongsi pendapat. Peperiksaan semakin dirasai mereka, mereka semua dalam keadaan gementar, tapi sebelum peperiksaan hampir, rakan Eka, Syazwatul mengajak Shah dan rakan-rakan yang lain pergi main bowling. 
                                                          Pada suatu hri tu, mereka study sampai jam 6.30, lepas tu mereka lepak di satu kedai makan yang berhampiran. Masa tu, ada perlawanan bola sepak malaysia vs vietnam. Shah menonton dengan Eka mereka duduk bersebelahan. semasa menonton, tiba-tiba Shah genggam tangan Eka dengan kuat dan mengatakan kepada Eka yang Shah berjanji akan mengambil Eka sebagai isteri Shah suatu hari nanti dan Shah berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang, cinta kepada Eka. Eka terdiam malu. Tengah mereka berbual, rakan Eka tegur 
                   Ehem3, Shah? romantik nampak,,,hehehe,,,
                   Ala ko ni syazwatul kacau line la,,,bru nk ambik feel romantik,,hehehe,,,
setelah lama lepak di kedai itu, mereka pun pulang. Shah meminjam motor rakannya, Daud untuk menghantar Eka pulang ke rumah.
                                                     Sekarang Shah dan Eka sedang menduduki peperiksaan. Mereka buat dengan bersungguh-sungguh. Sebelum paper mula, Shah dan Eka berhubung. Dua-dua bercakap benda yang sama.
                     Sayang buat betul-betul paper ni, 
                                                    Shah selalu berpesan kepada Eka, agar belajar rajin-rajin dan capai apa yang Eka nak capai. Eka hendak dapat pointer yang tinggi. Shah sentiasa sokong Eka.Eka pernah berkata kepada Shah, yang dia nak sambung belajar dekat US. Shah yakin bahawa Eka boleh belajar sampai kesana seperti yang di impikan. 
                                                  Shah tidak minat seni, pada time paper seni, Eka menyuruh Shah ambik jugak paper seni, sehingga Eka ugut Shah,
               kalau u tak ambik paper seni, maknanya u memang x sayang i,,,
tapi Shah membalas balik,
           I sayang u, tapi i bukan taknak ambik paper seni, tapi cikgu pun dah suruh i jangan ambik, sebab i dah memang comfirm gagal dalam seni. So i nak ambik dan i sayang sangat kat u.
Eka lemah dengan kata-kata Shah. 
                                            Setelah hampir sebulan berlangsung, akhirnya Shah dan Eka bebas. Bebas dari peperiksaan mereka. Pada keesokan hri, Shah mengajak Eka keluar dating, mereka keluar pergi ke taman dimana tempat mereka selalu dating. Pada 4,5 dan 6 november, keluarga Eka mengajak Shah membantu mereka menjaga gerai jualan di Bukit Jalil, sempena hari Jom Heboh. Shah ingin membantu. Shah memberitahu kepada keluarga Shah bahawa, Shah ingin berniaga di Jom Heboh, Bukit Jalil bersama kawannya(eka). Keluarga Shah membenarkan tetapi, keluarga Shah ingin pulang ke kampung. Lalu Shah mengatakan kepada keluarganya bahawa Shah boleh jaga diri masa keluarganya tiada. 
                                        Pada 4 hari bulan, mak Eka memberi tahu  bahawa mereka tidak jadi berniaga. Eka terus menghubungi Shah, dan memberithu kepada Shah bahawa keluarga Eka tidak jadi berniaga. Keluarga Shah baru bertolak pulang ke kampung dengan membawa kunci rumah. Shah tiada tempat tiggal, Shah terus menghubungi semua rakan-rakan Shah tok meminta tolong menumpangkan Shah selama 4 hari. Tapi semuanya tidak boleh tolong. Shah menghubungi rakan Eka, Baby. Dia yang menolong Shah menumpangkan Shah tidor dirumah dia. Di rumah Baby ada ibu dan abang Baby. Keluarga Baby sungguh sporting. Rumah baby sebenarnye tidak jauh pun dengan rumah Eka dan rakan-rakan Eka yang lain. Pada mula nya Eka tidak mengetahui yang Shah sekarang dekat dengan Eka, dia tidak tahu yang Shah tumpang tidur di rumah rakannya (baby). 
                                      Pada keesokkan hari (5/11/2011) ibu Baby suruhh Baby bagi tahu Eka yang Shah tidur dirumah Baby tapi mereka menyuruh Eka datang ke rumah mereka dan mengatakan ada orang nak jumpa. Eka sampai dan melihat Shah ada di rumah Baby, mukanya seperti terperanjat.........
 
ikuti episod seterusnya,....

Tuesday 24 January 2012

Titisan air mata kerana ibu

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya … dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

luahan anak yang tidak didengari sesiapa

Saya ingin berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Penah ke kita luah kan apa yang kita rasa pada orang yang kita sayang dan taat sepanjang masa. Iaitu ibubapa kita.

Seorang anak mempunyai isi hati yang mana kadang-kadang beliau sendiri tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata apakah maksud luahan hatinya itu. Mahu tidak mahu kita perlu memahami isi hatinya supaya dapat membentuk anak-anak kita dengan acuan yang betul.
Sikap anak-anak tidak sama. Namun isi hati mereka mungkin tidak jauh berbeza. Di sini disenaraikan 11 luahan hati anak yang mereka sendiri tidak mampu mengucapkannya.


11 Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.

3. Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.

4. Jangan marahi aku di hadapan orang ramai.

5. Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.

6. Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

7. Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan  anak kecil.

8. Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.

9. Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.

10. Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.

11. Aku adalah ladang pahala bagimu.

jika Allah belum makbulkan doa kamu

 Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…

Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…

Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.

Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…

Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.

Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita

Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.

Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.

Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..

Sabda Rasulallah Saw:
“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.